Saturday, January 9, 2010

BARU ADA FACE BOOK

Sebenarnya wnj bukan ada masa nak lepak depan comp. Ni pun ada facebook anak yang tolong. So kepada semua rakan , bekas pelajarku, terima kasih kerana hubungan yang terjalin. Harap silaturrahim ini dapat di perpanjangkan lg. Jika ingin ketemu, bila cuti jemputlah ke Kelantan. Saya menerima kunjungan kalian dgn tangan terbuka......... Hingga ketemu lg, jgn marah jika e-mail tak terbalas......

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Dah seminggu sekolah. banyak perkara yang perlu ku lakukan this year. maklumlah jawatanku sbg su kecemerlangan PMR masih perlu kugalas...... 2009 mencatatkan kejayaan yg sgt baik dgn 40 orang sraight A's. So...... cabaran tahun ini lebih lahi ler..... Nak bina sebuah kejayaan bukannya senang tp nak kekalkan kejayaan itu lg ler susah. So... sakit gak kepala ni bmana nak buat tahun ini....


Tapi kupercaya, kerjasama semua rakan sepasukan serta komitmen semua anak pelajar tingkatan 3 ku ini dapat menghasilkan kejayaan yg lebih baik lg. Kepada semua guru( rakanku) yg mengajar ting 3 tahun ini , ayuh kita tekadkan azam. berganding bahu melahirkan anak anak yang berjaya dalam PMR nanti. Kepada semua pelajar tingkatan 3 2010, mulalah dari sekarang......langkahlah dgn penuh semangat dan berkeyakinan tinggi. InsyaAllah anda akan berjaya. Ayuh, kita kutip sebanyak mungkin A dalam peperiksaan yang akan ditempuhi bermula dari sekarang.